Etimologi Ute (kenderaan)

Dari segi sejarah, istilah "ute" (singkatan daripada ' kenderaan utiliti ') telah digunakan bagi menggambarkan kenderaan 2 pintu berasaskan casis kereta penumpang, seperti Holden Commodore, Ford Falcon Australia, Chevrolet El Camino dan Subaru BRAT . Kebiasannya, Ute keluaran Australia merupakan pacuan roda belakang dan mempunyai ruang kargo yang bersepadu dengan badan penumpang (berbanding dengan trak pikap, di mana ruang kargo berasingan daripada badan penumpang).

Pada abad ke-21, istilah ini mula digunakan dengan lebih meluas yang merangkumi mana-mana kenderaan yang mempunyai ruangan kargo di belakang (yang dipanggil trak pikap di negara lain).[6][7][8][9][10][11]

Ute Australi pertama: Ford Australia Utiliti Coupe 1934
Roadster Utiliti: sebuah Chevrolet National 1927

Konsep kenderaan dua pintu berdasarkan casis kereta penumpang dengan dulang di belakang bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1920-an dengan model utiliti roadster.[12] Kenderaan ini adalah boleh tukar atas lembut, berbanding dengan bumbung keluli tetap yang digunakan oleh kebanyakan kereta.

Ford Australia merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan sebuah ute Australia Coupe, yang dikeluarkan pada tahun 1934.[13] Hali ini demikian kerana sebuah surat bertarikh 1932 daripada isteri seorang petani di Australia yang meminta "sebuah kenderaan untuk pergi ke gereja pada hari Ahad dan juga boleh membawa khinzir kita ke pasar pada hari Isnin".[13] Oleh itu, pereka bentuk Ford Lew Bandt mereka bentuk sebuah badan dua pintu dengan dulang di bahagian belakang untuk casis Ford Model A Amerika, dan model itu dinamakan "utiliti coupe".[13] Apabila versi Australia dipaparkan di AS, Henry Ford menamakannya sebagai "Kangaroo Chaser". Versi convertible yang dikenali sebagai utiliti roadster telah dihasilkan dalam jumlah terhad oleh Ford pada tahun 1930-an.[14][15]

Pada tahun 1951, Holden mengeluarkan sebuah model "utiliti", yang berasaskan sedan 48–215 mereka. Disebabkan Ford dan Holden kini mengeluarkan ute, bermulalah tradisi kenderaan 2 pintu rekaan Australia dengan dulang di belakang, berasaskan casis kereta sedan.[16]

Rujukan

WikiPedia: Ute (kenderaan) http://www.aaa.asn.au/news-and-publications/news/a... http://www.caradvice.com.au/180980/dodge-ram-big-u... http://www.carsguide.com.au/news-and-reviews/buyer... http://news.drive.com.au/drive/car-of-the-year/bes... http://www.drive.com.au/motor-news/history-of-the-... http://www.fastlane.com.au/Features/First_ute.htm http://www.curbsideclassic.com/automotive-historie... http://www.pickuptrucks.com/html/history/history.h... http://www.roadsterute.com/index3.htm http://www.worldcarfans.com/2060710.004/holden-hsv...